Wednesday, April 11, 2018

OBJEKTIF PEMBUKAAN FIRMA GUAMAN


1) Menawarkan perkhidmatan guaman syarie dengan harga yang berpatutan.
2) Memberi khidmat nasihat guaman secara percuma.
3) Membantu orang awam dalam menyediakan dokumen mahkamah dan dokumen perjanjian berkaitan Mahkamah Syariah.
4) Memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan kes-kes syariah.

Tuesday, April 10, 2018

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


Perkhidmatan yang disediakan oleh firma ini ialah menjadi perunding hal ehwal keluarga Orang Islam, Perunding Harta Orang Islam, Penulisan Wasiat, Hibah dan Wakaf serta menawarkan Perkhidmatan Guamana Syarie di Mahkamah Syariah.

Monday, April 9, 2018

Peguam Syarie Port Dickson

Tetuan Adilah & Associates merupakan merupakan sebuah firma guaman syarie yang didaftarkan pada 28/02/2017 yang berpusat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia terdiri daripada seorang Peguam Syarie yang mempunyai pengalaman selama lebih kurang 3 tahun dan seorang rakan kongsi yang lain. Pada mulanya firma ini beroperasi di rumah Peguam Syarie sahaja dan kini beroperasi sepenuhnya di Bangunan Arked MARA Port Dickson. Peguam Syarie berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan mempunyai sijil amalan sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.