Wednesday, February 28, 2018

Pemasangan Papan Tanda Keramat

Alhamdulillah, hari ni genap setahun Adilah & Associates ditubuhkan. Genap setahun saya berseorangan menguruskan firma guaman syarie dan menjadi Peguam Syarie di Port Dickson. Sebagai hadiah terindah yang saya hadiahkan untuk firma ini ialah tertegaknya papan tanda. Setelah melalui prosedur-prosedur untuk pemasangan papan tanda keramat ini, akhirnya ia tertegak di Bangunan MARA Port Dickson di mana firma saya terletak. Saya memohon papan tanda sejak awal bulan Disember 2017 kepada MPPD dan lulus untuk pemasangan pada 30 Januari 2018. Sebelum MPPD meluluskan saya perlu membuat pengesahan bahasa dengan DBP terlebih dahulu untuk mengesahkan penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah betul dan tepat. Tu yang jadi ejaan  "SYARII". sebelum ini dan biasanya saya eja "SYARIE". Kenapa saya katakan papan tanda keramat? Kerana pada papan tanda tersebut ada nama saya yang diberi oleh ibu bapa saya. Saya tidak pernah mengimpikan untuk pergi sejauh ini di usia saya 30 tahun. Syukur kepada Allah yang sentiasa memudahkan saya. Cuma saya je yang susah bersyukur kepadanya. Semoga Allah mengampunkan saya. Semoga dengan pemasangan papan tanda ini membuatkan firma saya lebih dikenali. Boleh hubungi saya melalui nombor yang tertera pada papan tanda atau hadir di pejabat saya.

Papan tanda di luar pejabat saya.

Papan tanda di hadapan pejabat saya.

Monday, February 12, 2018

PENGALAMAN SEMASA PRAKTIKAL

Pengalaman semasa praktikal

Selepas tamat semester 8 Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang KUIS pada Oktober 2013, saya praktikal si sebuah firma guaman syarie di Seremban, Negeri Sembilan. Walaupun saya orang negeri Perak, saya pilih negeri ini untuk menjalani praktikal. Sebab saya pilih negeri ni sebab dekat dengan kolej saya. Bangi memang dekat jugak tapi sibuk. Jadi Seremban ni tak sibuk mana. Lagipun Makcik saya rumahnya berdekatan dengan Mahkamah Syariah di Sendayan. Saya tinggal dengan makcik saya. Hari pertama masuk praktikal tu, saya duduk di pejabat sahaja. Peguam Syarie (Bos) pun takde masa tu di firma. Hanya ada seorang pembantu peguam dan seorang kerani je. Tak tau nak buat apa. Saya belek2 la fail yang ada. Nak baca pun pening sebab sebelum ni belajar teori tapi tak pernah nampak fail yang sebenar. Apapun kita kena bertanya. Memang saya tanya peguam dan kerani nak buat keje ape. Masa tu saya tak guna smart phone lagi. Jadi memang boringla. Dari praktikal ni saya dapat belajar cara mengurus fail, surat menyurat, menderaf kertas kausa dan sebagainya.