Wednesday, February 28, 2018

Pemasangan Papan Tanda Keramat

Alhamdulillah, hari ni genap setahun Adilah & Associates ditubuhkan. Genap setahun saya berseorangan menguruskan firma guaman syarie dan menjadi Peguam Syarie di Port Dickson. Sebagai hadiah terindah yang saya hadiahkan untuk firma ini ialah tertegaknya papan tanda. Setelah melalui prosedur-prosedur untuk pemasangan papan tanda keramat ini, akhirnya ia tertegak di Bangunan MARA Port Dickson di mana firma saya terletak. Saya memohon papan tanda sejak awal bulan Disember 2017 kepada MPPD dan lulus untuk pemasangan pada 30 Januari 2018. Sebelum MPPD meluluskan saya perlu membuat pengesahan bahasa dengan DBP terlebih dahulu untuk mengesahkan penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah betul dan tepat. Tu yang jadi ejaan  "SYARII". sebelum ini dan biasanya saya eja "SYARIE". Kenapa saya katakan papan tanda keramat? Kerana pada papan tanda tersebut ada nama saya yang diberi oleh ibu bapa saya. Saya tidak pernah mengimpikan untuk pergi sejauh ini di usia saya 30 tahun. Syukur kepada Allah yang sentiasa memudahkan saya. Cuma saya je yang susah bersyukur kepadanya. Semoga Allah mengampunkan saya. Semoga dengan pemasangan papan tanda ini membuatkan firma saya lebih dikenali. Boleh hubungi saya melalui nombor yang tertera pada papan tanda atau hadir di pejabat saya.

Papan tanda di luar pejabat saya.

Papan tanda di hadapan pejabat saya.

No comments: